basmalah Pictures, Images and Photos

Hayatilah..

Wanita perindu Allah

Friday, December 11, 2009

http://gentarasa.files.wordpress.com/2009/08/sumayyah-2.jpg

assalamualaikum

Wanita perindu Allah dapat mengawal rindunya pada dunia, kekayaan, kemewahan, pembaziran, kecantikan dan segala isi dunia. Wanita ‘abidah perindu Allah dapat mengubah nafsunya daripada nafsu-nafsu jahat kepada nafsu-nafsu yang baik melalui mujahadah. Yakni daripada nafsu marah kepada memaafkan, dengki kepada kasih sayang dan. Maka jadilah wanita ‘abidah itu bagaikan tiang negara yang menyangga sesebuah negara daripada runtuh.

Sebab itu Rasulullah bersabda :
Untuk menjadi wanita ‘abidah, perindu Allah, tidak semudah menjadi wanita berkerjaya yang cuma dilatih akalnya. Sedangkan wanita ‘abidah perlukan didikan fizikal, mental dan jiwanya sekaligus. Mereka bukan sahaja diperkenalkan dengan dunia, tetapi juga dengan alam barzakh dan alam akhirat. Bahkan juga dikenalkan dengan Allah swt.

http://ney2.files.wordpress.com/2009/05/wanita-sholehah-2.jpg

Dunia amat perlukan wanita yang tidak lagi menurutkan nafsunya tapi memusatkan perhatian dan rindunya kepada Zat yang paling hampir dengannya dan terus-menerus mengawasi hidupnya, Yakni Zat Allah SWT
Sembahyang yang dilakukan merupakan pertemuan dan penyerahan dirinya secara total kepada Allah. Ia dirasakan terlalu indah dan amat bermakna. Setiap ucapan dihayati dan dilafazkan dengan penuh kusyuk. Rukun-rukun fi’li dikerjakan dengan komitmen jiwa yang penuh kehambaan. Dan perilakunya sewatu mengadap Allah, seolah-olah takut dan hormat sekali. Maka hasil daripada ucapan dan perbuatan dalam sembahyang, wanita ‘abidah mendapat rasa tawadhuk, tawakkal, rendah diri, takut, cinta, yakin, rindu dan kagum kepada Allah kekasihnya. Itulah iman dan taqwa.

Orang yang berakhlak sahaja yang boleh bahagia tatkala ditimpa ujian. Tanpa akhlak, tidak akan ada seorang pun manusia yang dapat merasa bahagia hidup di dunia.
Kerana, hidup ini memang tidak akan lepas daripada ujian. Siapa yang tidak bahagia dunia nescaya tiada harapan untuk bahagia di akhirat.

Gabungan rasa-rasa itu mencetuskan akhlak yang sangat agung; sabar, redha, penyayang, pemaaf pemurah, rendah diri dan lain-lain lagi. Akhlak-akhlak yang mulia ini lebih mahal daripada sijil dan harta-harta duniawi, sebab ia dapat mncegah daripada perbuatan keji dan mungkar .

Bila seseorang itu kenal akhirat dan Allah, dunia ini menjadi kecil baginya. Hidupnya tidak lagi untuk memburu dunia tetapi memburu syurga di akhirat. Mereka tidak lagi merindukan kenikmatan sementara tetapi mengalihkan rindunya kepada Allah swt. Umur dihabiskan untuk beribadat kepada Allah. Apa juga kerja yang dibuat, semuanya untuk dan kerana Allah. Dan itulah yang Allah minta untuk kita lakukan. Firman Nya:
“Dunia ialah perhiasan. Sebaik-baik hiasan ialah wanita solehah.”

“ Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah, Tuhan seru sekalian alam. ”

Dicatat oleh Dakwah Aqsa

Read more...

Kenangan SMA

Saturday, October 24, 2009










salam...
saje nk mengamit memori kembali..he3
nway semoga kite smua dapat kputusan yg cemerlng..
aminnn
MUMTAZ DI HADAPAN!!!!

Read more...

Sufi Hatinya, Jundi Peribadinya

http://fasilitator.forumotion.com


Salam 'alaykum..

Ni ana nak ajak, semua sahibah, tak kira lah, form berapa pun, menyertai forum fasilitator. (tidak tertakluk hanya kepada pelajar SMIK )
Ana rsa, tak payah lah ana terangkan untuk apa kan? sebab semua pun dah tahu, dan semua 4 itqan dah pun menjadi fasi tu kan?
so, jum kita reramai daftar untuk join forum ni k? Untuk lebih memantapkan lagi kepimpinan, insyaAllah..

Forum ni dibuat khas oleh ketua pelajar kita, iaitu Akh Ashraf Ilman dan atas cadangan Ustaz kita iaitu Ustaz Shahabudin Md Yatim

Ashraf Ilman Said:
matlamat kami ialah mewujudkan satu warung ilmiah di alam maya untuk dijadikan tempat lepak yang ilmiah dan islamiah. daripada jadikan youtube sbg tempat lepak yang takdak manfaat, baik jadikan forum kita, boleh2 discuss masalah da'wah, feqah, program, Islam, masalah keluarga dsb.

okeh, itu sahaja, nak tengok forum leh klik pada gambar diatas..
tolong promote sekali ye, tak kra lah, di blog, friendster, myspace, seumpama dengannya..

Sufi Hatinya, Jundi Peribadinya




Read more...

Antunna, sahibah2ku, puteri 4 Itqan...dengarlah...

Friday, October 23, 2009


Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”


Duhai para sahibahku, mujahidahku...
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…


Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..

Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah...

Ameen ya Rabbal 'alamin..
wallahu 'Alam..

Read more...

.::Salam Aidilfitri ::.

Friday, September 18, 2009



Ada Tazkirah Ckit bersama: Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh
"Sambut Aidilfitri ikut acuan akidah"

BEGITU pantas masa berlalu. Kini, kita sudah berada di penghujung Ramadan, bermakna giliran Syawal pula bakal menjelma.

Hari-hari terakhir sebegini sesetengah umat Islam sedang sibuk dengan hal menguruskan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri (Arab, `Idulfitri).
 
Apa lagi kanak-kanak, memang merekalah yang paling gembira. Maklumlah segala-galanya serba baru. Pakaian baru, kasut baru, baju baru dan pendek kata semuanya baru.
Ibu bapa pula sanggup berhabisan untuk berbelanja semua itu. Tidak kisah dan tidak mengapa, kerana beraya pun setahun sekali.

Gedung dan pasar raya bagaikan berpesta, kerana semua turun berkampung, malah segala mak nenek dan keturunan dikerah ke pasar raya. Kelabu mata dibuatnya dengan tawaran, 'sale' dan harga runtuh.
Berkumandang lagu raya di corong radio dan televisyen, manakala jalan raya sesak memanjang ke mana-mana destinasi dan pendek kata Syawal yang bakal diraikan serba meriah.

Pada hari raya memang patut kita bergembira, maklumlah sudah sebulan kita berlapar menahan ujian berpuasa. Cuma kali ini sedikit coretan untuk remaja, Muslimin dan Muslimat konsep hari raya menurut Islam.

Idulfitri maknanya ialah pulang dalam keadaan fitrah. Fitrah maknanya bersih dan yang bersih adalah hati yang sudah dididik oleh tarbiah (pendidikan) Ramadan.

Ramadan sebagai bulan pembersih dan pencuci. Ia membersih diri kita daripada sifat kedekut dan menanam sifat pemurah.

Ia juga membersihkan sifat individualistik (keakuan) serta menggantikan sifat kasih sayang dan tolong menolong (kemasyarakatan).
Solat Tarawih membersihkan dosa, solat Tahajud, ibadat membaca al-Quran, berlapar, bersedekah dan zakat fitrah adalah pembersih.

Apa yang dibersihkannya? Yang dibersihkan adalah hati daripada sifat mazmumah (keji). Bersih dalaman inilah yang menyempurnakan makna takwa yang menjadi tujuan kita berpuasa.

Sebenarnya menyambut hari raya bukan sahaja dengan baju baru, pakaian baru, rumah baru, sofa baru, kuih-muih baru tetapi menyambut raya ialah dengan jiwa yang baru, iaitu jiwa yang berjaya mengekang dan mendidik hawa nafsu.

Apalah ertinya 1 Syawal yang kita sambut dengan serba baru, sedangkan perangai kita adalah yang lama dan tidak berubah. Sikap ego tidak berubah, malas macam dulu juga, bercakap kasar berterusan dan melanggar disiplin dengan selamba sahaja.

Oleh kerana ibadat puasa pada Ramadan berteraskan akidah, maka cara menyambut `Idulfitri mestilah juga menurut acuan akidah.

Bukan sahaja dengan solat `Idulfitri tetapi acuan akidah itu dalam keseluruhan cara menyambutnya, termasuk cara berpakaian yang sopan dan tidak mendedahkan aurat, makanan dan minuman tidak melampau, pergaulan lelaki dan wanita berteraskan syariat, manakala bentuk hiburan dan cara berhibur jangan pula sampai terbabas daripada tuntutan syariat.

Demikian juga bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram mesti di elakkan. Makan minum jangan jadikan perut seperti tong sampah. Sebulan berpantang jaga itu dan ini takkanlah semua itu roboh dan musnah pada 1 Syawal.

Read more...

Salam Ramadhan

Sunday, August 23, 2009

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak"
yang dituju khas kepada Muslimat 4 Itqan 2009 kerana telah berpeluang
meraikan dan bertemu kali ke-16 dalam hidup antunna
semua kecuali kak Asma' istimewa sikit sebab telah bertemu
bulan yang mulia ini sebanyak 17 kali. Kita kena bersyukur kerana kita tergolong
dalam umat Nabi Muhammad s.a.w kerana umat Nabi Muhammad telah
diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. yang tidak diberi kepada umat yang terdahulu.
************
Sentiasalah setting Niat,
upgrade Iman,
Download sabar,
Upload usaha,
Delete dosa,
Update Do`a,
Top up ilmu,
Supaya dapat Redeem pahala banyak-banyak.
**********
Selamat menjalani Ibadah...
(puasa, terawikh, tadarrus, tadabbur al-Qur`an, sedeqah, zikrullah dll..)
tanamkan Sifat2 ini dalam diri antunna:
- Redha
- Sabar
- Tawaddu'
- Qana`ah
-Istiqamah
- Zuhud
*********
"Wahai tetamu Ramadhan...
Untukmu Rahmat dan Maghfirah...
Air mata Taubat, Dendangan Tadarrus,
Selimut Terawikh, Bantal Tahajjud (Qiamullail)!!!
Semoga Mewarisi Jannah...
Jadikan ramadhan ini yang terbaik kerana kita
Tak pasti apakah ada lagi Ramadhan untuk kita selepas ini..."
**********
"Meriahkanlah rumahmu dengan kecantikan yang baru
Untuk menyambut Ramadhan pada kali ini
Jangan bertangguh lagi kerana kita tidak tahu mungkin
Ramadhan kali ini adalah terakhir pada kita..
kutiplah semua pahala dalam bulan yang barakah ini
Kerana kita tak tahu berapa banyak amalan yang boleh
Kita bawa di hadapan Allah nanti...."
*********

Read more...

Salam

Friday, August 7, 2009

Duhai insan-insan yang masih dikasihi ALLAH..yang masih diberikan nikmat nafas untuk masih bernyawa walaupun kadangkala lupa pada DIA yang menciptakanmu..Sungguh belum terlambat untuk kalian bertaubat...Engkau katakan yang engkau CINTA pada YANG ESA...tuluskanlah cinta hanya untuk ALLAH semata..Yakinlah,DIA akan menggantikan cinta kalian dengan cinta yang lebih baik...dan janganlah kalian berputus asa dengan rahmatnya jika hatimu mula terdetik untuk bertaubat kepada-NYA..

Read more...

.:Doa Rabitah:.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP