basmalah Pictures, Images and Photos

Hayatilah..

Khas buat sahabiah tersayang~

Wednesday, December 22, 2010


Khas buat sahabiah tersayang~

Bismillahirrahmanirrahim...

ya Allah, kami adalah hamba-hambaMu yang dhaif lagi naif, mungkin tidak layak untuk menjadi hambaMu, kerana itu, kami memohon kepadaMu..

ya Allah, jadikanlah kami wanita-wanita yang kental, sekental Asma' & Sumayyah dalam menegakkan deen-Mu. Jadikanlah kami wanita-wanita yang mulia, semulia Hawa serta secerdik dan secerdas 'Aisyah, wanita yang syahirah pada ilmu agamanya dan juga 'aliah pada amal solehnya. Jadikan juga kami seorang yang jamilah pada akhlaqnya, sahabat yang wafa' selamanya. ya Rabbi ya Zaljalaliwalikram, kami mohon pada-Mu, jadikanlah kami seorang wanita solehah yang sentiasa syakirah pada setiap nikmat dan rezki-Mu, seorang yang sakinah pada tiap tingkah laku, dan seorang yanghafizah pada maruah diri, agama, serta agama. Kau kurniakanlah kami 'aqal yang nabihah serta fikiran yang haziqah. Ya Rabbul 'Izzati, Kau masukkanlah sifat yang nazurah didalam diri kami agar tidak dilabel sebagai kaum yang lemah. Kurniakanlah jua kami kesolehan dan kesopanan yangfitriah di luar dan di dalam diri kami serta amalina didunia dan diakhirat. Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, jadikanlah kami hambaMu yang tidak pernah melupaiMu, baik didalam keadaan senang mahupun susah serta jadikanlah kami hamba yang atikah, athirah & afiqah. KepadaMu kami memohon, maka jadikanlah kami seorang muslimah, mukminan, mujahidah yang masturah abdan abada agar dapat kami berkumpul semula didalam tempat dan keadaan yang lebih bahagia, diSyurga-Mu, andai kami layak~amin ya Rabbal 'alamin...

♣═══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤═══♣

take a note kata-kata cikgu 'aisyah..

kita ni telah dididik ditapak asuhan, seperti benih yang disemai dengan baik, kita juga adalah sebiji benih yang telah disemai oleh manusia-manusia yang hebat, makanya, kita perlu tumbuh dengan baik untuk memberi kepada orang lain.. moga semuanya menjadi pewaris insan-insan yang hebat kelak..

Jadilah kamu benih yang baik yang apabila dilambung ke langit menjadi bintang, apabila di campak ke laut menjadi pulau dan apabila dilontar ke darat menjadi tumbuhan yang cantik, indah..

♣═══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤═══♣

Sedikit peringatan buat diriku jua dirimu..

Telah banyak kita belajar di tapak semaian iman dan taqwa madrasah ibn khaldun at-tsanawiyyah.. Jagalah ia seperti mana kita menjaga maruah dan diri, agar kelak, ia mampu menjaga kita.. Terus berhubung dengan para 'alim ulama serta asatizah, agar kita tidak terlarut dengan helah ciptaan duniawi, agar kita tidak tersungkur diatas daratan penuh kepalsuan..Terus dan terus dengan tarbiyah dan halaqah yang kita ada, dan jangan lepas contact teman-teman kita, agar kita dapat kuat dan memperkuatkan diantara kita. InsyaAllah..

Ana minta maaf kat antum semua, minta maaf salah dan silap, maaf juga kalau ana terlalu banyak meminta maaf sebab ana sedar diri ana bukan nabi yang maksum mahupun malaikat yang tidak pernah terlekat dosa.. mohon antum semua tidak putus untuk terus menegur tiap salah dan silap ana..Mohon dengan sangat.

Terlalu sayang semuanya,
moga dapat berpimpin tangan dalam menegakkan khilafah didalam diri..

♣═══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤═══♣

Read more...

SaLam Ma`al Hijrah 1432|H

Wednesday, December 15, 2010

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Selamat melangkah ke menara gading. :)

Read more...

Ma`at Tawfiq wan Najah Fil Imtihan!

Thursday, October 28, 2010


Sahabatku,

Inginku ucapkan najah fil imtihan
Buat sahabat seperjuanganku
Iringilah perjuanganmu dengan
do`a dan tawakkal kepada Allah
Bersungguh-sungguhlah sahabatku
Jadilah manusia yang berjasa pada Islam
Dalam tujuan mendapat redha Allah


Sahabatku
La Tansa bizikrillah wa la taiasu min rahmatillah!
Jangan sesekali kamu lupa dengan Allah
Nescaya Allah akan lupa kamu sebagaimana
Kamu lupa pada-Nya.
Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan
Sepanjang hidup kamu
Berpegang teguhlah dengan “tali Allah”


Sahabatku,
Inginku mengingatkan bahawa
Perjuangan kita masih belum berakhir sebaik sahaja
Titisan qalammu menoktahi di atas kertas imtihanmu yang terakhir
Malah ia adalah titik perjuanganmu yang baru
Dalam arena Dakwah dan tarbiyah serta jihadmu


Sahabatku,
Maralah ke depan menuju era pembangunan Islam
Mengukuhkan panji dan syi`ar Islam daripada
Dirampas dari kaum yang ingkar akan perintah
Dan suruhan Allah


Sahabatku,
Perjalanan para du`at tidak akan pernah terhenti
Begitu juga para Tulla~bul `ilmi yang sentiasa dahagakan ilmu
Mereka tidak akan pernah berhenti selagi
Kematian tidak menemui mereka


Sahabatku,
Bersamalah menuju ke menara gading
Teruslah menguasai ilmu selagi hayat dikandung badan
Kemudian binalah “baitul muslim” yang kukuh
Kerana “baitul muslim" adalah asas pembentukan daulah Islam


Sahabatku,
Ingatlah kata-kata akhirku
Sebelum kamu melangkah ke alam
Realiti yang penuh dengan cabaran
Kukuhkanlah iman kamu dengan pelbagai persediaan
Teguhkanlah jati diri kamu supaya kamu
Tidak mudah “patah” dari panahan nafsu dunia

“Runtuhlah binaan tanpa Tiang yang kukuh”
Dari Lubuk Hatiku Berbicara buat sahabatku

Read more...

SalaM UkhuwwaH

Saturday, June 19, 2010

salam..
sjeje nk post kat sini..
sedar @ x ,kita da makin hampir dgn SPM..
rase x??hehe
n sedar @ x,kita smkin hampir dgn alam remaja n sedar @ x , kita da di ambang perpisahan !!
rasenya x kuat nak hadapi ambang prpisahan..
mybe lpas nie susah tuk kita semua brkumpul dlm satu tmpat kecil yg dinamakan "KELAS 5 ITQAN "..x ade lagi guarau senda,sdey hiba,p kantin sama2,p pjbt sama2! mesyuarat klas sme2,cat kelas sma2 n x dpt lpekan p INDONESIA sme2 !!
nie lah mse @ wak2 yg paling berharga bg seorg remaja Itqan !!
mcm manela agaknya keadaan kita bile brpisah dgn Tmpat yg pnuh tarbiyah ini iaitu " SMIK TERCINTA !! "
adakah kita nnt konsisten dgn Halaqah , Usrah , Ceramah umum , dan sebagainya..adakah kita sume juga konsisten dgn pemakaian kita sekarag??
Nauzubillah kalu hati kita smue lari drpd Nya..
Ketahui lah sahabatku ,
dunia diluar penuh dgn cabaran.dugaan,godaan dan sebagainya..
adakah kamu semua sudah bersedia untuk menghadapinya ???
ana masih x kuat untuk hadapi semuanya !!
hati ini masih x kuat untuk hadapi smuanya !!
Ya Allah , hanya padamu kami memohon..peganglah hati2 kami supaya trus istiqamah dgn perintahmu Ya Allah !!

salam perjuangan sahabatku sekalian !!
ingat !!
ITQAN GENERATION THE BEST !!!
wslam

Read more...

Jom Ke Sini !Perhimpunan Perdana Palestin! - 8 Mei 2010

Monday, April 26, 2010


Jom pakat ramai datang ke sini!! Ayuh sambutlah Seruan Menerobos Tembok Kematian!!

Read more...

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Saturday, December 19, 2009



Di sini ana nak bagi tazkirah sikit dengan membawa satu kisah kepada antunna. Baca & Hayatilah...semoga memberi pedoman kepada antunna yang membaca.

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."


Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

KESIMPULAN daripada Ana:

  • Cintalah kepada Allah sesungguhnya inilah cinta yang hakiki dan abadi.

         Kerana Cinta kenal Saudara
            Kerana Cinta kenal Rasul-Nya
    Kerana Cinta kenal Pencipta al-Khaliq (Allah s.w.t.)
          *" Cinta Ilahi Cinta Hakiki Itulah Yang Abadi "*

  • Banyak kelebihan siapa mencintai Allah

Firman Allah s.w.t.:
"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (surah Ali 'Imran:31)

Read more...



Assalamua`laikum..w.b.t. (Jawab dulu salam baru bleh bace... :D)

Hmm...btul2....pejam celik..pejam celik..dah tua rupanyer kita....
Sahabatku sekalian, hmm...macam mana nyer...kita punya amalan tahun lalu...Apa kebaikan dan keburukan yang kita telah buat tahun lepas...cuba kita imbas kembali..Rase2nyer...amalan kebaikan yang banyak ker..amalan keburukan yang banyak? Fikir-fikirkanlah...kita perlu merenung dan muhasabah kembali apa amalan yang kita lakukan supaya kita dapat tapis yang buruk kita tinggalkan dan baik cuba kita pertingkatkan...kita perbaiki diri kita...jernih kembali seperti bayi baru lahir...umpama Penapis Air.....Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih....baru teguh peribadi....(lagu)....hayati...makna yang tersirat... :b

Sahabatku sekalian, ayuh kita mulakan azam baru dengan berhijrah penyucian alam rohani kita...pertingkatkan iman yang hampir goyah....maju ke depan demi ISLAM!!....Ayuh, bangun wahai Muslimah jangan kau lemah seperti orang tua yang tidak berdaya...

Buat sahabatku sekalian, tahun baru ini adalah penentuan kita ke alam "culture shock" . Buatlah yang terbaik dalam SPM supaya dapat masuk ke tempat yang baik & Islamic. Pasang niat baik-baik, bersungguh dalam melakukan apa yang diniatkan, tawakkal....insyaAllah....Allah pasti membantu kita kerana Dialah yang menentukan kejayaan kita. Kita hanya merancang Allah yang menentukannya. Percayalah dengan Ketentuan Qada' & Qadar...

sampai di sini sahajalah peringatanku buat sahabat-sahabatku yang dikasihi.
wassalam,
Wa Allahu Ta`ala`Alam......

"MUSLIMAH MENJANA PEMBANGUNAN  UMMAH"

Read more...

.:Doa Rabitah:.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP