basmalah Pictures, Images and Photos

Hayatilah..

Khas buat sahabiah tersayang~

Wednesday, December 22, 2010


Khas buat sahabiah tersayang~

Bismillahirrahmanirrahim...

ya Allah, kami adalah hamba-hambaMu yang dhaif lagi naif, mungkin tidak layak untuk menjadi hambaMu, kerana itu, kami memohon kepadaMu..

ya Allah, jadikanlah kami wanita-wanita yang kental, sekental Asma' & Sumayyah dalam menegakkan deen-Mu. Jadikanlah kami wanita-wanita yang mulia, semulia Hawa serta secerdik dan secerdas 'Aisyah, wanita yang syahirah pada ilmu agamanya dan juga 'aliah pada amal solehnya. Jadikan juga kami seorang yang jamilah pada akhlaqnya, sahabat yang wafa' selamanya. ya Rabbi ya Zaljalaliwalikram, kami mohon pada-Mu, jadikanlah kami seorang wanita solehah yang sentiasa syakirah pada setiap nikmat dan rezki-Mu, seorang yang sakinah pada tiap tingkah laku, dan seorang yanghafizah pada maruah diri, agama, serta agama. Kau kurniakanlah kami 'aqal yang nabihah serta fikiran yang haziqah. Ya Rabbul 'Izzati, Kau masukkanlah sifat yang nazurah didalam diri kami agar tidak dilabel sebagai kaum yang lemah. Kurniakanlah jua kami kesolehan dan kesopanan yangfitriah di luar dan di dalam diri kami serta amalina didunia dan diakhirat. Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, jadikanlah kami hambaMu yang tidak pernah melupaiMu, baik didalam keadaan senang mahupun susah serta jadikanlah kami hamba yang atikah, athirah & afiqah. KepadaMu kami memohon, maka jadikanlah kami seorang muslimah, mukminan, mujahidah yang masturah abdan abada agar dapat kami berkumpul semula didalam tempat dan keadaan yang lebih bahagia, diSyurga-Mu, andai kami layak~amin ya Rabbal 'alamin...

♣═══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤═══♣

take a note kata-kata cikgu 'aisyah..

kita ni telah dididik ditapak asuhan, seperti benih yang disemai dengan baik, kita juga adalah sebiji benih yang telah disemai oleh manusia-manusia yang hebat, makanya, kita perlu tumbuh dengan baik untuk memberi kepada orang lain.. moga semuanya menjadi pewaris insan-insan yang hebat kelak..

Jadilah kamu benih yang baik yang apabila dilambung ke langit menjadi bintang, apabila di campak ke laut menjadi pulau dan apabila dilontar ke darat menjadi tumbuhan yang cantik, indah..

♣═══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤═══♣

Sedikit peringatan buat diriku jua dirimu..

Telah banyak kita belajar di tapak semaian iman dan taqwa madrasah ibn khaldun at-tsanawiyyah.. Jagalah ia seperti mana kita menjaga maruah dan diri, agar kelak, ia mampu menjaga kita.. Terus berhubung dengan para 'alim ulama serta asatizah, agar kita tidak terlarut dengan helah ciptaan duniawi, agar kita tidak tersungkur diatas daratan penuh kepalsuan..Terus dan terus dengan tarbiyah dan halaqah yang kita ada, dan jangan lepas contact teman-teman kita, agar kita dapat kuat dan memperkuatkan diantara kita. InsyaAllah..

Ana minta maaf kat antum semua, minta maaf salah dan silap, maaf juga kalau ana terlalu banyak meminta maaf sebab ana sedar diri ana bukan nabi yang maksum mahupun malaikat yang tidak pernah terlekat dosa.. mohon antum semua tidak putus untuk terus menegur tiap salah dan silap ana..Mohon dengan sangat.

Terlalu sayang semuanya,
moga dapat berpimpin tangan dalam menegakkan khilafah didalam diri..

♣═══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤═══♣

1 comments:

Unknown October 3, 2016 at 10:04 AM  

Именно так действуют Проститутки в Киеве Осмеяние, то есть нравственное негодование, должно совмещаться с постоянством возвышенного чувства.
. Смотрите девушек, лесби, или ищите через поиск! Встречусь только с старыми мужиками!это не салон!

Post a Comment

.:Doa Rabitah:.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP